Skip to main content
RESEPI KUAH LODEH LONTONG TANPA GUNA UDANG KERING TAPI GUNA PERENCAH NASI GORENG UDANG SERI-AJI (SEDAP, MUDAH DAN CEPAT)

Saya ingin berkongsi dengan anda semua dengan resipi style saya. Resipi saya ini tiada sukatan untuk bahan-bahannya ye. Bab masak-masak ni saya suka main campak-campak je ikut saiz periuk. Kalau guna periuk kecil, maka kecik le jumlah bahan-bahannya. Kuah pulak kena le banyak. Bak orang kata, 'agak-agak'. Cuba le resipi ni kalau berani... :)

Bahan-Bahan

1. Sayur-sayuran: Lobak, kobis, kacang panjang, terung, dan sengkuang. Nak letak sayur lain pun boleh macam cili. Ikut kreativiti warna-warni anda la. Potong le sayur-sayur tadi kecil-kecil dan memanjang.
2. Tempeh
3. Fucuk (gunting pendek dan rendam) dan suhun (gunting pendek je)
4. Tauhu
5. Santan pekat kelapa (saya guna santan pekat sawit)
9. Serai (ketuk dan titikkan)
10. Air
11. Garam tambah sedikit je guna sebab dalam perencah nasi goreng udang Seri-Aji dah ada garam.
12. Telur rebus (tak nak guna pun tak pe)

Bahan-Bahan Kisar
1. Bawang merah, putih dan halia (saya suka letak bawang merah banyak-banyak sebab sedap)
2. Perencah nasi goreng udang Seri-Aji (saya guna 1 peket kecil je) Saya tak guna udang kering.
3. Seketul kiub ikan bilis Knorr
4. Kunyit hidup (nak bagi warna)
5. Sedikit santan untuk dikisar bersama dengan bahan-bahan yang disebutkan di atas.

Cara-Cara
1. Masukkan bawang merah, putih, halia, perencah nasi goreng udang, kiub ikan bilis Knorr dan kunyit hidup bersama sedikit santan kelapa ke dalam blender. Kisar ikut sukahati le nak blend biar bawang merah kasar-kasar atau sampai halus macam 'smoothie' pun boleh.
2. Masukkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi ke dalam periuk. Tambahkan lebihan santan pekat, air dan masukkan serai. Boleh le mula panaskan periuk sampai menggelegak santan tu dah boleh masukkan tempeh, tauhu dan fucuk.
3. Lepas tu masukkan dulu sayur keras dan diikuti dengan sayur lembut. Iaitu lobak biar lembut sikit lobak tu. Lepas tu masuk le sengkuang dan terung. Biar sekejap. Akhir sekali masukkan sayur yang lembut seperti kobis dan kacang panjang.
4. Lepas dah masuk semua sayur-sayur tadi, akhir sekali letak le suhun dan garam sikit.
5. Hidangkan bersama nasi himpit, telur rebus dan kuah kacang

Dah siap boleh le makan dengan nasi himpit dan kuah kacang. Cuba la resipi ni. Insyallah sedap dan jadi. Apa-apa pun ikut air tangan masing-masing ye.



Comments

Popular posts from this blog

RESEPI KUAH LODEH LONTONG WITHOUT USING DRY SHRIMP (YUMMY, EASY AND QUICK)

RESEPI KUAH LODEH LONTONG WITHOUT USING DRY SHRIMP (YUMMY, EASY AND QUICK) I want to share with you all with my style recipes. Ingredients: 1. Vegetables: Carrots, cabbage, long bean, eggplant and sengkuang. Other vegetables can be like chilies. Follow your colorful creativity. The cut of the vegetables was small and long. 2. Tempeh 3. Fucuk (short scissors and soak) and suhun (short scissors) 4. Tofu 5. Sweet coconut milk (I use palm kernel coconut milk) 9. Lemongrass (tap and dash) 10. Water 11. Salt adds a little bit because in the Seri-Aji shrimp fried rice has salt already. 12. Boiled eggs Blend Materials 1. Garlic, onion and ginger (I like the onion for many good reasons) 2. Seri-Aji shrimp fried rice (I use 1 small packets) I do not use dried prawns. 3. Knorr anchovies stock cube 4. Raw turmeric (for coloring) 5. A little coconut milk to blend together with the ingredients mentioned above. Methods 1. Add onion, white, ginger, shrimp fried rice, Knorr ...

Abandoned Theme

I love abandoned theme. Any subject like old building, rusty car or tools. Below is abandoned old building photo i took in Ipoh. ©